Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Selamat Hari Guru! 💕

saya suka Dr Amin sebab masa mula-mula bertugas di Perak ni, kami diminta dengar ucapan Dr, "Melangkah Ke Hadapan". ucapan beliau mengubah persepsi saya terhadap tugas guru.  saya ingat dan menulis nota tentang Teacher Profesionalism yang diutarakan beliau berdasarkan kajian OECD. Autonomy, Knowledge dan Peer Connection. namun yang menarik hati saya dan menjadi modal motivasi bagi pelajar dalam kelas adalah prinsip asas kepada jiwa pendidik iaitu kepercayaan kepada tiga perkara. 1. Tugas mendidik adalah tugas mengangkat maruah anak murid. Human dignity @ karomah insaniyyah. 2. Setiap murid mempunyai potensi untuk berkembang.  Manusia mempunyai satu potensi yang sangat berbeza dengan ciptaan Tuhan yang lain iaitu "naming potential". Antara perkara pertama yang Allah sebutkan dalam Al Quran adalah satu proses Allah mengajarkan nama-nama kepada Nabi Adam.  وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَاۤءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِی بِأَسۡمَاۤ