Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam syurga.   Allahumma la ‘aisya illa a