Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

sahabat dan cinta ~

bercakap tentang topik cinta di musim pra-pilihanraya mungkin agak aneh, tapi kali ini hati terasa mahu mencoret kata tentang cinta. skop cinta yang lebih besar, cinta kepada kawan-kawan. mungkin tambah aneh bila bicara tentang cinta kepada sahabat. tapi tetap sahaja hati ini merasa berduka. kerana bahasa hati yang mahu diluahkan tapi masih lagi diam terbuku di dalam hati. seringkali diingatkan, mahu mengenali seseorang, lihatlah dengan siapa dia bersahabat. kerana kebanyakan sahabat mencorak peribadi. bukan memukul rata tapi hakikatnya begitu. kebelakangan ni, ada beberapa orang sahabat datang mengadu tentang hubungan mereka dengan sahabat. tentang betapa payahnya menjaga hati sesama sendiri, cemburu bila sahabat baik dengan orang lain, merasa di abaikan, merasa tidak diambil berat. hanya khulasoh pendek yang mampu saya ungkapkan. cintailah dia kerana Allah, bukan kerana apa-apa. bunyinya retorik, tapi hanya itulah penyelesaian bagi segala masalah. bila cinta kita kepada sa