Posts

Showing posts from 2015

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Image
Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa. Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~

Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya. 

* Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah.

Braces.

Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan.

Hee

Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household. Tanggungan had kifayah memang memadam segala mimpi.…