Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013
Memurnikan Fikrah Perjuangan Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit kronik yang mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya. Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni. Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula. Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat diatasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redha daripada Allah s.w.t. Saidina Umar al-Khattab pernah menegaskan (mafhumnya), “Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan at

Beli kitab.

Alhamdulillah a'la kulli hal (^^,)V Seronok sangat harini, sebab berpeluang ke Dandis, setelah seharian menghadap benda berat. Memberatkan otak dan pastinya, memberatkan amalan, jika ikhlas kerana Allah. Ahad. Harini Amman sesak kot. Penuh manusia, berbondong-2 kata orang melayu. Masing-2 dengan tujuan berbeza. Saya pon sama (^^,)v Dua kali pusing di kaki lima, cari Dandis xjumpa. Kedai baju jubah berderet tapi hati xterjejas kali ni. Kali pertama dan terakhir ke sini awal2 sampai Jordan dulu. Ikut senior jalan-2. (O_O) Teruja bila masuk maktabah Dandis, penuh kitab. Terasa khazanah ilmu tu terlalu membukit. Bilalah dapat merasa zauq ilmu yang ditinggalkan ulama' silam dan kontemporari ni. [^_^] Pusing-2, tanya pakcik Arab. Senang-2 bg je senarai kitab :- -talbis iblis : ibnu jauziyy -akidah islamiyyah : sheikh hassan hanabakah -qosasul quran : Dr Abd Kareem Zaidan -matan muwafaqat dan syarahnya. -madkhal dirosah syariah : Dr Abd Kareem Zaidan -fiqh manhaji