Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

update ~

belajar update blog, cuti tinggal beberapa hari. saya masukkan label post tulisan-tulisan ustaz yang banyak bagi manfaat dan motivasi dalam menghadapi dunia hari ini. teringin juga mahu blog ni menarik, tapi saya takpandai. takpe jelah kot. ada satu laman mengganti hobi menconteng buku sudah cukup buat saya. hari-2 guna fon kecil tu untuk baca blog-2 para ustaz, salafi, sufi, pemikiran haluan kiri, so-called sosialis, haraki, and .. and.. cerpen. ni semua chenchen *husna* yang ajar. aktiviti sampingan. hee [^^,]v semalam menangis kononnya takmahu hidup lagi kat dunia ni, banyak sangat dosanya. tapi lupa pula Allah kata, jangan putus asa dengan rahmatNya. banyak kerja mesti diselesaikan. instead of putus asa, kenapa takbangun dan teruskan misi belajar dan cari ilmu. teringat lagi post tentang kata-kata Ibnu Qayyim AlJauziyyah, dalam jantung hati ini, ada keserabutan yang takkan hilang kecuali dengan cantiknya hubungan dengan Allah. hai, takcukup lagi ke Allah bagi peluang.?  jo
Kaum muslimah pada generasi hari ini yang disebut sebagai generasi X-Y-Z, generasi FB dan internet yang banyak mengalami masalah dalam 'komitmen' hidup seperti perkahwinan, keibuan dan rumahtangga. Hal ini boleh diketahui melalui laporan yang datang dari pelbagai sumber yang menyebut tentang sikap mereka yang manja, cepat lemah semangat, mudah panik, tidak berani keluar dari zon selesa dan kuat pergantungan kepada orang lain atau tidak pandai berdikari. Mereka juga terkenal sebagai golongan yang cepat putus asa, mudah berubah fikiran dan kurang adab atau kurang budi-bicara dan lemah kemahiran komunikasi dengan pihak yang lebih tua, berbeza dengan mereka (baik pendapat, idea atau situasi) atau lawan jantina. Golongan ini juga didapati mudah dan cepat atau dalam bahasa lain gopoh membuat kesimpulan, keputusan dan rumusan tentang sesuatu dalam hidup sehingga menyebabkan mereka mengalami banyak masalah semasa. Malangnya, dalam keadaan begitu kaum muslimah hari ini

Cinta dan airmata. Titik.

Malam ini jari terasa ringan lagi. Menaip dari device kecil ini, dalam kegelapan malam. Hampir 2:20 pagi, tapi kantuk masih belum kunjung tiba. Jantung terasa lain macam, seolah ada suara menjerit, kenapa denganmu beberapa purnama ini ? Bagai orang hilang arah, hilang panduan. Entah, saban hari khususnya waktu cuti, mata hanya tahu tidur, menghadap laptop, candy-crush dan twitter. Hanya sesekali mata menjengah matan waraqat dan mutaba'ah amal. Kosong. Dan kembali dalam kelaghaan. Tinggal beberapa juzuk yg takmampu dihabiskan dalam bulan ramadhan. Khabarnya, esok hari terakhir syawal. Masih tinggal sehari, atau mungkin dua. Tadi, membelek gallery device kecil ini. Mengulang dengar kembali dua video. Sangat menyentuh hati. Satu dari TokGuru pondok dan satu lagi dari Ustaz Ahmad Dusuki. Dua video pendek yang berkisar tentang perkara yang sama. Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم ..! Video TokGuru pondok, menceritakan tentang kelebihan selawat. Dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh I
Memurnikan Fikrah Perjuangan Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit kronik yang mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya. Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni. Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula. Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat diatasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redha daripada Allah s.w.t. Saidina Umar al-Khattab pernah menegaskan (mafhumnya), “Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan at

Beli kitab.

Alhamdulillah a'la kulli hal (^^,)V Seronok sangat harini, sebab berpeluang ke Dandis, setelah seharian menghadap benda berat. Memberatkan otak dan pastinya, memberatkan amalan, jika ikhlas kerana Allah. Ahad. Harini Amman sesak kot. Penuh manusia, berbondong-2 kata orang melayu. Masing-2 dengan tujuan berbeza. Saya pon sama (^^,)v Dua kali pusing di kaki lima, cari Dandis xjumpa. Kedai baju jubah berderet tapi hati xterjejas kali ni. Kali pertama dan terakhir ke sini awal2 sampai Jordan dulu. Ikut senior jalan-2. (O_O) Teruja bila masuk maktabah Dandis, penuh kitab. Terasa khazanah ilmu tu terlalu membukit. Bilalah dapat merasa zauq ilmu yang ditinggalkan ulama' silam dan kontemporari ni. [^_^] Pusing-2, tanya pakcik Arab. Senang-2 bg je senarai kitab :- -talbis iblis : ibnu jauziyy -akidah islamiyyah : sheikh hassan hanabakah -qosasul quran : Dr Abd Kareem Zaidan -matan muwafaqat dan syarahnya. -madkhal dirosah syariah : Dr Abd Kareem Zaidan -fiqh manhaji
::Ketenangan Yang Hakiki:: Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) : "Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan dengan-Nya, padanya ada kegusaran yang tidak dapat ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepada-Nya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah,larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemu-Nya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingati-Nya dan keikhlasan yang benar kepada-Nya." Madarij al-Salikin li al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah. ............................ Tak dapat menyekat airmata dari terus mengalir membasahi pipi dan

nasihat abahku sayang :)

Bismillahirrahmanirrahim .. Sempena Ramadhan ini, jari terasa ringan untuk menulis. sejak kebelakangan ni, jiwa aku terasa kurang. rupanya, sebab sekian lama tak mendengar taujihat daripada abah . biasanya aku hanya menelefon ummi, dan berkongsi tentang hati dan perasaan. kali ini abah bersyarah panjang, mengingatkan anak dia ini supaya kembali mengingati Allah. first thing yang abah sebut, jangan kita ikut orang awwam. setiap apa yang kita buat, timbanglah ikut neraca syara'. jadilah seperti ikan di laut, walau semasin mana pon air laut, tapi tetap tidak menjejaskan isi ikan. satu tamsil yang biasa digunakan, tapi bila diungkapkan oleh abah, rasa hati ini semakin sayu. ya ..! terlalu terkesan dengan manusia sekeliling dan membuatkan kita semakin lemah dan putus asa, ia bukan satu natijah yang baik pada diri muslim. abah berpesan lagi, kenalilah hati dan nafsu sendiri. ramadhan adalah bulan terbaik kerana yang membisik kepada kita adalah nafsu sendiri, sementelah syaitan di

sahabat dan cinta ~

bercakap tentang topik cinta di musim pra-pilihanraya mungkin agak aneh, tapi kali ini hati terasa mahu mencoret kata tentang cinta. skop cinta yang lebih besar, cinta kepada kawan-kawan. mungkin tambah aneh bila bicara tentang cinta kepada sahabat. tapi tetap sahaja hati ini merasa berduka. kerana bahasa hati yang mahu diluahkan tapi masih lagi diam terbuku di dalam hati. seringkali diingatkan, mahu mengenali seseorang, lihatlah dengan siapa dia bersahabat. kerana kebanyakan sahabat mencorak peribadi. bukan memukul rata tapi hakikatnya begitu. kebelakangan ni, ada beberapa orang sahabat datang mengadu tentang hubungan mereka dengan sahabat. tentang betapa payahnya menjaga hati sesama sendiri, cemburu bila sahabat baik dengan orang lain, merasa di abaikan, merasa tidak diambil berat. hanya khulasoh pendek yang mampu saya ungkapkan. cintailah dia kerana Allah, bukan kerana apa-apa. bunyinya retorik, tapi hanya itulah penyelesaian bagi segala masalah. bila cinta kita kepada sa

mafraq dan salafism

Hari2 yang berlalu di Mafraq memberi seribu makna buat diri . hampir setahun saya di sini , hidup berjauhan daripada keluarga. Belajar erti hidup berdikari walaupun yang sebenarnya saya banyak kalah dalam menghadapi kehidupan di sini . Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jordan ini hati merasa sangat terharu . rasa sangat bersyukur kerana akhirnya Allah memberi peluang yang seingat saya , saya tak pernah putus berdoa dan terus berdoa. Suatu waktu yang dalam fikiran saya sudah terbayang beribu-ribu agenda untuk mencari ilmu . Perkara pertama yang saya ambil berat ketika mula-mula belajar di sini adalah tentang salafism. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang tinggi akal pemikiran untuk mencari-cari perbahasan ulama' tentang perkara ini namun di sebabkan saya banyak menerima nasihat orang-orang yang mempunyai priority dalam bidang yang saya pilih (usuluddin) saya merasa perlu untuk saya mengkaji dan menilai persekitaran saya di Jordan supaya saya memahami apa sebenarnya y

kita dan masyarakat - bukan sekadar cinta

Sudah lama tidak meng-update blog dengan perkara bermanfaat . Selalunya tentang hati, perasaan dan cinta. Seolah-olah pemilik blog ini hanya tahu tentang ini dan tidak tahu tentang itu. =_=' Saat rakyat malaysia merasa gembira dan tak kurang yang takut dengan pembubaran parlimen, saya juga dalam keadaan takut. terasa sempit dada bila berada di dalam kelas di hadapan doktor lebih-lebih lagi usul fiqh. satu madah yang membuat airmata ini sering menitis. bukan menitis kerana tidak faham, tapi kerana merasa amat kagum dengan ulama'. kebijaksanaan mereka jelas. fikrah dan manhaj mereka jelas. semuanya jelas. kalam doc membuat saya banyak berfikir. bermula dari usul fiqh satu, terasa hidup saya kembali bertenaga. cerah. bagai ada suluhan cahaya terang benderang. saat bermula untuk mengangkat wudu' sehingga salam terakhir sunat rawatib, hati merasa yakin. bagai tergiang mengapa begitu dan begini. mengapa wajib begitu dan harus begini. dan airmata terus mengalir. ternyata Al
Mood : imtihan usul fiqh dan fenomena masyarakat. . . . . . . . . . . . . . [ Istisna' dalam takhsis lafaz a'm ]  والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا بأربعة شهداء فاجلدوهم ثمنين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة أبدا وأولئك هم الفاسقون إلا الذين تابوا من بعد ذلك وأصلحوا فإن الله غفور رحيم )) النور : 4-5 Penggunaan istisna' إلا adakah mengecualikan ketiga2 jumlah sebelumnya. - jumlah pertama : orang yg bertaubat kembali menjadi orang yg adil. - jumlah kedua : orang yg bertaubat diterimakah syahadah mereka. Kerana syarat syahadah adalah orang yg adil. - jumlah ketiga : orang yg bertaubat,gugurkah hukuman qozaf ke atas mereka. Antara pendapat ulama' : Lafaz illa hanya mengecualikan jumlah sblmnya, alfaasiqun berubah menjadi al-a'dilun. Walaupon berubah menjadi orang yang adil, org yg mlakukan qazaf xditerima syahadahnya kerana Allah menggunakan lafaz abadan, dan lafaz abadan menjadikan ayat itu ayat muhkam. Walaupon ada ayat zawa adlin minkum (mufassar), tapi aya
Walau apa pun pegangan seseorang atau sesuatu pihak, yang penting kita tidak boleh menyesatkan sesuatu pandangan hanya disebabkan kaedah yang berbeza memahami sesuatu sunnah. Kita tidak boleh menyesatkan sesuatu golongan jika ia merupakan ijtihad fiqhiyah. Didalam bab- bab aqidah, Tauhid tiga atau sifat 20, hanyalah keadah mentauhidkan diri kepada Allah. Kedua-duanya hanyalah method sahaja, bukan matlamat. Yang penting adalah mencapai matlamatnya, iaitu mengesakan tuhan. Apa yang dilarang adalah sifat berlebih-lebihan didalam memahami sesuatu isu, yang dikenali dengan istilah ghuluw. Masing-masing ada peranan masing-masing didalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. Hayati pesanan Imam al-Qatadah al- Sadusi didalam Siyar ‘Alam al-Nubala’ : “Waspadalah dan berhati-hati dari sikap memberat-beratkan diri, berlebih-lebihan, ghuluw dan berasa Ujub (merasa hebat) dalam diri sendiri. Hendaklah kamu bersikap tawadhu’, agar Allah swt meningkat martabat kamu”. Copyp
Pesan seorang teman : Jangan trlalu berharap pd yg xpasti. Bagaimana tidak brharap, jika yg hadir itu tampak kesolehahnya. Bukan harta yg ku cari Bukan rupa yg ku cari Bukan apa2 Tapi jika yg hadir itu membuat aku rasa ada sinar yg menyuluh jalan, Yg mungkin mmbuat hatiku yg keras dan malas dlm ibadah menjadi lembut dan rajin, Apakah salah aku berharap ? T_T
Istifadah usul fiqhh _ Dr Hammad Hameed - 27Mac2013 كلام العلماء مبني على الأصول Dalalah a'm dalam ilmu usul fiqh ada 3 jenis. - umum secara qat'ie - khusus qat'ie - a'm yg menerima takhsis Umum secara qat'ie hanya ada dlm perkara kubra yaqiniyyat dan tidak dgunakan dalam fiqh. Penggunaan كل sebagaimana dlm ayat { كل نفس ذائقة الموت } Penggunaan kullu menunjukkan bahawa ayat ini adalah umum dan tidak menerima sebarang pengkhususan. Mafhum : Setiap manusia akan mati. Dan mati tidak tertentu bagi mana2 manusia. Tidak ditakhsiskan kpd sesiapa. Bagaimana org yg mengetahui secara yakin perkara kubra yaqiniyyat bahawa mereka *baca kita* yang akan dikafankan, disolatkan dan dikuburkan ini tidak berhati2 dalam kehidupan seharian. Tidak meyakini bahawa setiap percakapan dan perbuatan akan dinilai oleh Allah di akhirat sana. { وإنما توفون أجوركم يوم القيامة } Betapa ramai manusia hari ini yg mengaku muslim, menanggapi bahawa dirinya di ats landasan syariat, mem
Nabi s.a.w bersabda dr Abi Hurairah: "Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim) Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan . Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yg diminta dan memberinya dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dlm keadaan terpaksa. Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah dica

cemburu ? ndak perlu o_O

cemburu. hasad dengki. semua drpd syaitan. mengapa cemburu bila org lain mendapat sesuatu yg kita harapkan. mereka berhak. tak perlu bazirkan ruang hati dengan hasad dengki, kerana bahagia xpernah bersama dengan orang yang mempunyai hati yg gelisah. x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x teringat satu cerita yg dikutip drpd fb. kisah kentang, bukan ketam >_< suatu hari, cg meminta ank2 muridnya membawa kentang utk satu aktiviti pembelajaran. cikgu : anak murid, keluarkan kentang kamu. cg nak setiap org kalau ad perasaan benci atau cemburu pd org lain, tuliskan nama mereka pd kentang trsebut. dan bawa ke mana saja kamu berada. makan ke, mandi ke, semualah. ok murid2 ? ^_^ mahasiswi : baik cg comel . ^_^  hehe cikgu : okay, bawa kentang ni selama seminggu. lps tu kita jmpa di muhadharah akan dtg . --> selepas seminggu . murid : cikgu, mcmana ni ? tak tahan la bau ni. kentang ni dah buruk dan berbau. cikgu : hehe, awat tak buang ? murid : baik cikgu =_=' - - -

something funny + menghiburkan >_<

Me : keliru btul Cg   : Keliru sangat!!!          Keliru coz u alwys ask,when where,hows??? Me   : eh, marah ? Cg    : saya bkn pemarah Me   : in typing, if we using dis symbol '!!!' that mean marah Cg    : But I use for happy... ha ha ha ha . ok =_=' x x x x x x x x x x x x x x x sometimes, kita selalu bersedih memikirkan sesuatu dan menyangka kita terkeliru dalam hidup. sehingga membazir waktu2 untuk gembira dan berzikir kepada Allah . mengapa perlu sedih jika Allah menjanjikan kebahagiaan jika kita bersabar dalam sesuatu. terima kasih semua ^_^

nota hati seorang lelaki ~

cuti hampir ke penghujung, baru ringan tangan capai bahan bacaan. hmm. xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx hati seorang lelaki kekadang perlu sekeras waja ada masanya mesti selembut sutera ah, lelaki jika jiwamu tulus kerana Illahi pasti lurus perananmu sebagai lelaki - pahrol mohd juoi

awal dan akhir sebuah kehidupan ~

hidup manusia adalah satu anugerah yang tak ternilai . keberadaan roh membezakan antara manusia hidup dan mayat. dan roh adalah salah satu rahsia Allah yang tak diketahui sesiapapun. ------------------------------ membelek kitab ibnu qayyim aljauzy tentang roh seminit dua, kening mula terangkat. perlukan orang alim untuk menerangkannya. ------------------------------ amat rugi orang yg mensia2 kan kehidupan. tanpa pengabdian yang sepenuhnya kepada Allah. merasa kecewa dengan hidup, hanya kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki . sungguh hidup itu amat bermakna, hargailah ^_^
bila Allah yg utama, maka tiada yg mendukacita . bersabar itu mesti ^_^