Skip to main content
Nabi s.a.w bersabda dr Abi Hurairah:
"Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari
tiada naungan melainkan Naungan Allah:
(diantranya) dan lelaki yg diajak membuat
maksiat oleh wanita yg cantik serta
berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab
"Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan
semesta alam.(Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg
masuk ke dalam gua dan mereka
terperangkap di dalamnya setelah pintunya
tertutup dgn batu besar. salah seorang
bertawassul dgn amalannya seperti berikut:
"Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai
sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku
meminta untuk menggaulinya tetapi dia
enggan .
Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta
kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari
wang sebanyak yg diminta dan memberinya
dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun
menyerahkan tubuhnya dlm keadaan
terpaksa.
Ketika aku berada dicelah kedua pehanya;
dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah
kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah
dicabut dara melainkan dgn pernikahan.
" Lantas aku terus bangkit meninggalkannya
bersama wang seratus dinar. Sekiranya
engkau tahu aku melakukannya itu kerana
Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini."
Maka Allah membukanya sebahagian.(Hr
Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanmu kagum dgn
pemuda yg tidak mengikut keinginan hawa
nafsunya." (Hr Ahmad)
Pada zaman dulu
di kufah, Iraq ada seorang pemuda yg
cantik dan sgt kuat beribadat dan melawan
hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun
bersama kaumnya dan terpandang seorang
wanita yg sgt lawa; lalu terpikat dan sgt
cinta kpd wanita itu.
Wanita itu juga terpikat dgn pemuda tadi.
Pemuda itu terus meminangnya tetapi
ditolak kerana dia sudah bertunang dgn
sepupunya. Apabila cinta mereka berdua
telah membuak-buak sehingga menyiksa
batin mereka; wanita itu terus menghantar
surat yg tertulis "Sesungguhnya aku telah
mengetahui begitu mendalamnya cintamu
padaku dan sesungguhnya aku juga teramat
mencintaimu.
Jika kamu setuju aku akan menziarahimu
ataupun aku akan memudahkan kamu
supaya kamu datang berjumpa dgnmu." Lalu
si lelaki itu menjawab "Aku tidak memilih
salah satu dr 2 pilihan ini. (ayat Quran)aku
takut azab pd hari kiamat yg agung
sekiranya aku membuat maksiat kpd
tuhanku."(15: Al-Anam) aku takut api
neraka yg tidak akan terpadam dan tidak
hilang kepanasannya.
" Apabila wanita itu mendengar kata2
lelaki tadi terus dia menjawab "Aku
merasakan dia memilih demikian kerana dia
takut kepada Allah. sepatutnya semua
hamba perlu ada sifat takut kepada Allah
kerana semua hamba adalah sama."
Kemudian wanita itu terus meninggalkan
dunia dan beribadat sungguh2.
Walaupun begitu cinta pemuda itu makin
memuncak sehingga akhirnya mati kerana
cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur
wanita itu sambil berdoa dan menangis
sehinggalah dia tertidur.
Dlm tidurnya dia bermimpi menjumpai
wanita itu dlm keadaan yg amat baik sekali.
Perempuan itu bertanya "Bagaimana dgn
keadaanmu dan apa yg kamu buat setelah
kematianku." dan wanita itu mendedangkan
satu rangkap syair:
"Sebaik2 cinta wahai permintaanku adalah
cinta kpdmu ; cintamu membawa kepada
kebaikan dan ihsan" Lelaki itu bertanya
"Apa yg engkau dapat sekarang?" Wanita
itu menjawab:
"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak
akan hilang di dalam syurga yg kekal dan
kerajaan yg tidak akan musnah"
Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana
kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu
menjawab "Demi Allah aku tidak pernah
melupakanmu dan aku telah meminta kpd
Allah supaya kita dapat disatukan.
Hendaklah kamu bersungguh2 utk
mendapatku.
" Lelaki itu bertanya "Bila aku boleh
berjumpa dgn mu?" Wanita itu menjawab
"Engkau bertemu dgn ku tidak lama lagi."
Setelah tujuh hari pemuda itu pun
meninggal dunia. Semoga Allah
merahmatinya.
Marilah kita bersama2 meninggalkan
hubungan cinta melainkan setelah kita
berkahwin. Jauhkanlah maksiat dan
wujudkan hubungan Allah dgn inteam.
-khalifah

Comments

Popular posts from this blog

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam sy...

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had k...
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s...