Skip to main content

memori abah

 

 

Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.

 

Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.

 

Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.

 

Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.

 

Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.

 

Semoga Allah ketemukan kita di dalam syurga.

 

Allahumma la ‘aisya illa aisyu al-aakhirah. 

Comments

Popular posts from this blog

mafraq dan salafism

Hari2 yang berlalu di Mafraq memberi seribu makna buat diri . hampir setahun saya di sini , hidup berjauhan daripada keluarga. Belajar erti hidup berdikari walaupun yang sebenarnya saya banyak kalah dalam menghadapi kehidupan di sini . Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jordan ini hati merasa sangat terharu . rasa sangat bersyukur kerana akhirnya Allah memberi peluang yang seingat saya , saya tak pernah putus berdoa dan terus berdoa. Suatu waktu yang dalam fikiran saya sudah terbayang beribu-ribu agenda untuk mencari ilmu . Perkara pertama yang saya ambil berat ketika mula-mula belajar di sini adalah tentang salafism. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang tinggi akal pemikiran untuk mencari-cari perbahasan ulama' tentang perkara ini namun di sebabkan saya banyak menerima nasihat orang-orang yang mempunyai priority dalam bidang yang saya pilih (usuluddin) saya merasa perlu untuk saya mengkaji dan menilai persekitaran saya di Jordan supaya saya memahami apa sebenarnya y...

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had k...