Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Himmah dan i'brah.

Bismillah. Semalam ada slot tayangan dan tazkirah maghrib pendek untuk adik-2 Jais yang baru sampai. Sebenarnya tu tazkirah untuk diri sendiri. Refresh apa yg kakak-2 senior bagi dulu. ............................ First, slot tayangan musafir ma'a quran. video tentang hafazan alquran. Pengacara tu musafir ke banyak negara dan cari tempat dan orang hafal quran. Sangat best. Tertarik dengan ayat ini :  (مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ) (( Sesiapa yang beramal soleh dari kalangan lelaki dan perempuan dan dia adalah seorang mukmin maka Kami akan memberi kehidupan yang baik. Dan kami akan memberi ganjaran dengan sebaik-2 untuk apa yang mereka lakukan )) Annahlu : 97 Kehidupan yang baik ? Menarik. Siapa yang takmahu hidup yang baik. Tapi, apa makna hidup yang baik ? Cukup baikkah punyai harta melimpah, kedudukan yang tinggi, wajah yang hensem dan j

Selamat Hari Guru! 💕

saya suka Dr Amin sebab masa mula-mula bertugas di Perak ni, kami diminta dengar ucapan Dr, "Melangkah Ke Hadapan". ucapan beliau mengubah persepsi saya terhadap tugas guru.  saya ingat dan menulis nota tentang Teacher Profesionalism yang diutarakan beliau berdasarkan kajian OECD. Autonomy, Knowledge dan Peer Connection. namun yang menarik hati saya dan menjadi modal motivasi bagi pelajar dalam kelas adalah prinsip asas kepada jiwa pendidik iaitu kepercayaan kepada tiga perkara. 1. Tugas mendidik adalah tugas mengangkat maruah anak murid. Human dignity @ karomah insaniyyah. 2. Setiap murid mempunyai potensi untuk berkembang.  Manusia mempunyai satu potensi yang sangat berbeza dengan ciptaan Tuhan yang lain iaitu "naming potential". Antara perkara pertama yang Allah sebutkan dalam Al Quran adalah satu proses Allah mengajarkan nama-nama kepada Nabi Adam.  وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَاۤءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِی بِأَسۡمَاۤ