Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

update ~

belajar update blog, cuti tinggal beberapa hari. saya masukkan label post tulisan-tulisan ustaz yang banyak bagi manfaat dan motivasi dalam menghadapi dunia hari ini. teringin juga mahu blog ni menarik, tapi saya takpandai. takpe jelah kot. ada satu laman mengganti hobi menconteng buku sudah cukup buat saya. hari-2 guna fon kecil tu untuk baca blog-2 para ustaz, salafi, sufi, pemikiran haluan kiri, so-called sosialis, haraki, and .. and.. cerpen. ni semua chenchen *husna* yang ajar. aktiviti sampingan. hee [^^,]v semalam menangis kononnya takmahu hidup lagi kat dunia ni, banyak sangat dosanya. tapi lupa pula Allah kata, jangan putus asa dengan rahmatNya. banyak kerja mesti diselesaikan. instead of putus asa, kenapa takbangun dan teruskan misi belajar dan cari ilmu. teringat lagi post tentang kata-kata Ibnu Qayyim AlJauziyyah, dalam jantung hati ini, ada keserabutan yang takkan hilang kecuali dengan cantiknya hubungan dengan Allah. hai, takcukup lagi ke Allah bagi peluang.?  jo
Kaum muslimah pada generasi hari ini yang disebut sebagai generasi X-Y-Z, generasi FB dan internet yang banyak mengalami masalah dalam 'komitmen' hidup seperti perkahwinan, keibuan dan rumahtangga. Hal ini boleh diketahui melalui laporan yang datang dari pelbagai sumber yang menyebut tentang sikap mereka yang manja, cepat lemah semangat, mudah panik, tidak berani keluar dari zon selesa dan kuat pergantungan kepada orang lain atau tidak pandai berdikari. Mereka juga terkenal sebagai golongan yang cepat putus asa, mudah berubah fikiran dan kurang adab atau kurang budi-bicara dan lemah kemahiran komunikasi dengan pihak yang lebih tua, berbeza dengan mereka (baik pendapat, idea atau situasi) atau lawan jantina. Golongan ini juga didapati mudah dan cepat atau dalam bahasa lain gopoh membuat kesimpulan, keputusan dan rumusan tentang sesuatu dalam hidup sehingga menyebabkan mereka mengalami banyak masalah semasa. Malangnya, dalam keadaan begitu kaum muslimah hari ini

Cinta dan airmata. Titik.

Malam ini jari terasa ringan lagi. Menaip dari device kecil ini, dalam kegelapan malam. Hampir 2:20 pagi, tapi kantuk masih belum kunjung tiba. Jantung terasa lain macam, seolah ada suara menjerit, kenapa denganmu beberapa purnama ini ? Bagai orang hilang arah, hilang panduan. Entah, saban hari khususnya waktu cuti, mata hanya tahu tidur, menghadap laptop, candy-crush dan twitter. Hanya sesekali mata menjengah matan waraqat dan mutaba'ah amal. Kosong. Dan kembali dalam kelaghaan. Tinggal beberapa juzuk yg takmampu dihabiskan dalam bulan ramadhan. Khabarnya, esok hari terakhir syawal. Masih tinggal sehari, atau mungkin dua. Tadi, membelek gallery device kecil ini. Mengulang dengar kembali dua video. Sangat menyentuh hati. Satu dari TokGuru pondok dan satu lagi dari Ustaz Ahmad Dusuki. Dua video pendek yang berkisar tentang perkara yang sama. Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم ..! Video TokGuru pondok, menceritakan tentang kelebihan selawat. Dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh I