Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

mafraq dan salafism

Hari2 yang berlalu di Mafraq memberi seribu makna buat diri . hampir setahun saya di sini , hidup berjauhan daripada keluarga. Belajar erti hidup berdikari walaupun yang sebenarnya saya banyak kalah dalam menghadapi kehidupan di sini . Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jordan ini hati merasa sangat terharu . rasa sangat bersyukur kerana akhirnya Allah memberi peluang yang seingat saya , saya tak pernah putus berdoa dan terus berdoa. Suatu waktu yang dalam fikiran saya sudah terbayang beribu-ribu agenda untuk mencari ilmu . Perkara pertama yang saya ambil berat ketika mula-mula belajar di sini adalah tentang salafism. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang tinggi akal pemikiran untuk mencari-cari perbahasan ulama' tentang perkara ini namun di sebabkan saya banyak menerima nasihat orang-orang yang mempunyai priority dalam bidang yang saya pilih (usuluddin) saya merasa perlu untuk saya mengkaji dan menilai persekitaran saya di Jordan supaya saya memahami apa sebenarnya y

kita dan masyarakat - bukan sekadar cinta

Sudah lama tidak meng-update blog dengan perkara bermanfaat . Selalunya tentang hati, perasaan dan cinta. Seolah-olah pemilik blog ini hanya tahu tentang ini dan tidak tahu tentang itu. =_=' Saat rakyat malaysia merasa gembira dan tak kurang yang takut dengan pembubaran parlimen, saya juga dalam keadaan takut. terasa sempit dada bila berada di dalam kelas di hadapan doktor lebih-lebih lagi usul fiqh. satu madah yang membuat airmata ini sering menitis. bukan menitis kerana tidak faham, tapi kerana merasa amat kagum dengan ulama'. kebijaksanaan mereka jelas. fikrah dan manhaj mereka jelas. semuanya jelas. kalam doc membuat saya banyak berfikir. bermula dari usul fiqh satu, terasa hidup saya kembali bertenaga. cerah. bagai ada suluhan cahaya terang benderang. saat bermula untuk mengangkat wudu' sehingga salam terakhir sunat rawatib, hati merasa yakin. bagai tergiang mengapa begitu dan begini. mengapa wajib begitu dan harus begini. dan airmata terus mengalir. ternyata Al
Mood : imtihan usul fiqh dan fenomena masyarakat. . . . . . . . . . . . . . [ Istisna' dalam takhsis lafaz a'm ]  والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا بأربعة شهداء فاجلدوهم ثمنين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة أبدا وأولئك هم الفاسقون إلا الذين تابوا من بعد ذلك وأصلحوا فإن الله غفور رحيم )) النور : 4-5 Penggunaan istisna' إلا adakah mengecualikan ketiga2 jumlah sebelumnya. - jumlah pertama : orang yg bertaubat kembali menjadi orang yg adil. - jumlah kedua : orang yg bertaubat diterimakah syahadah mereka. Kerana syarat syahadah adalah orang yg adil. - jumlah ketiga : orang yg bertaubat,gugurkah hukuman qozaf ke atas mereka. Antara pendapat ulama' : Lafaz illa hanya mengecualikan jumlah sblmnya, alfaasiqun berubah menjadi al-a'dilun. Walaupon berubah menjadi orang yang adil, org yg mlakukan qazaf xditerima syahadahnya kerana Allah menggunakan lafaz abadan, dan lafaz abadan menjadikan ayat itu ayat muhkam. Walaupon ada ayat zawa adlin minkum (mufassar), tapi aya
Walau apa pun pegangan seseorang atau sesuatu pihak, yang penting kita tidak boleh menyesatkan sesuatu pandangan hanya disebabkan kaedah yang berbeza memahami sesuatu sunnah. Kita tidak boleh menyesatkan sesuatu golongan jika ia merupakan ijtihad fiqhiyah. Didalam bab- bab aqidah, Tauhid tiga atau sifat 20, hanyalah keadah mentauhidkan diri kepada Allah. Kedua-duanya hanyalah method sahaja, bukan matlamat. Yang penting adalah mencapai matlamatnya, iaitu mengesakan tuhan. Apa yang dilarang adalah sifat berlebih-lebihan didalam memahami sesuatu isu, yang dikenali dengan istilah ghuluw. Masing-masing ada peranan masing-masing didalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. Hayati pesanan Imam al-Qatadah al- Sadusi didalam Siyar ‘Alam al-Nubala’ : “Waspadalah dan berhati-hati dari sikap memberat-beratkan diri, berlebih-lebihan, ghuluw dan berasa Ujub (merasa hebat) dalam diri sendiri. Hendaklah kamu bersikap tawadhu’, agar Allah swt meningkat martabat kamu”. Copyp