Skip to main content

kita dan masyarakat - bukan sekadar cinta

Sudah lama tidak meng-update blog dengan perkara bermanfaat . Selalunya tentang hati, perasaan dan cinta. Seolah-olah pemilik blog ini hanya tahu tentang ini dan tidak tahu tentang itu. =_='

Saat rakyat malaysia merasa gembira dan tak kurang yang takut dengan pembubaran parlimen, saya juga dalam keadaan takut. terasa sempit dada bila berada di dalam kelas di hadapan doktor lebih-lebih lagi usul fiqh. satu madah yang membuat airmata ini sering menitis. bukan menitis kerana tidak faham, tapi kerana merasa amat kagum dengan ulama'. kebijaksanaan mereka jelas. fikrah dan manhaj mereka jelas. semuanya jelas.

kalam doc membuat saya banyak berfikir. bermula dari usul fiqh satu, terasa hidup saya kembali bertenaga. cerah. bagai ada suluhan cahaya terang benderang. saat bermula untuk mengangkat wudu' sehingga salam terakhir sunat rawatib, hati merasa yakin. bagai tergiang mengapa begitu dan begini. mengapa wajib begitu dan harus begini. dan airmata terus mengalir.

ternyata Allah memberi kemanisan yang lain apabila sesuatu itu kita lakukan dengan keyakinan dan ilmu. bukan melakukannya hanya sekadar ikutan nenek moyang.

saat solat itu difahami mengapa ianya mesti di ambil berat, mengapa fatrah ahliah sebelum baligh mesti dititik beratkan oleh ibubapa. mengapa mesti dihukum jika meninggalkan solat selepas baligh. semuanya ada jawapan. mengapa sampai ulama' meletakkan orang yang meninggalkan solat kerana malas sampai tahap dibunuh hududan. semuanya ada jawapan dan syarat. mengapa jika seseorang yang datang merisik dan meminang mesti ditanya tentang solatnya. dan mesti ditolak jika tidak solat.

cantiknya hukum Allah.

itu baru solat. bercakap tentang jemaah persatuan dan parlimen. pastinya boleh dikupas dengan lebih menarik dari sudut fiqh.

solat untuk manfaat diri sendiri. jemaah, persatuan dan isu parlimen untuk manfaat masyarakat. dan kita adalah sebahagian daripada masyarakat.

mengambil tahu tentang masyarakat membuktikan kita ada ehsan sesama manusia. bukan sekadar mahu membaiki diri sendiri dan menjadi hamba Allah tanpa mengambil tahu tentang orang lain, kerana mujtama' yang solehah melahirkan hamba-hamba Allah yang mustaqiimin.

hairankan ? bila ada segelintir manusia melaungkan reformasi dan keadilan dalam kerajaan. mengapa mereka terlalu tamak ? bukankah sudah mencukupi kita sebagai rakyat malaysia untuk duduk diam dan bersyukur dengan keamanan dan kekayaan negara kita ? melayu sudah diberi hak ketuanan tanah melayu.

bila difikir kembali, wujudnya golongan ini bukan hanya menuntut keadilan dari sudut sosial, rupanya agenda agama yang mereka cuba wujudkan.

mereka adalah golongan yang tidak sekadar cukup untuk mempunyai negara tapi negara itu mestilah negara yang melaksanakan islam.

'melaksanakan islam'

ramai orang salah sangka, dan menafsirkan frasa 'melaksanakan islam' itu adalah dengan menguatkuasakan hudud semata-mata. sedangkan konsep dalam islam adalah mendahulukan keadilan sesama masyarakat. tidak semestinya sesama masyarakat islam sahaja bahkan dengan kafir zimmi.

dalam mualamat, islam menyusun atur hubungan muslim dengan muslim, muslim dengan kafir daripada pelbagai sudut. muamalat jual beli, muamalat munakahat, muamalat dalam hal jinayah dan hal perihal kehakiman dan penguasaan. cantik dan tertib, sudah pasti kerana Allah adalah hakimnya. tapi disebabkan tidak semua masyarakat muslim mendalami ilmu-ilmu ini, maka ibadah hanya dipandang sepi. menganggap ibadah itu hanya di masjid bukan di parlimen, bukan di bank hatta bukan di pasar .

keadilan terletak pada tangan pemerintah. adil dalam konsep islam bukanlah seperti keadilan dalam konsep sosial yang merujuk kepada sama rata tapi keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. meletakkan hukum muamalat di tempatnya, meletakkan hukum kehakiman pada tempatnya.

adakah Islam mengajar kita untuk memotong tangan pencuri yang mencuri kerana kemiskinan ? dan membiarkan penggodam siber merompak bank dan harta syarikat melalui dunia maya. membiarkan sebahagian masyarakat miskin turun naik pejabat zakat untuk memohon modal perniagaan tapi pulang dengan hampa ? dan membiarkan sebahagian pemimpin menjual tanah negara demi kepentingan kroni.

islam datang membawa konsep keadilan, dan hukuman hudud datang untuk mempertahankan keadilan dan keamanan. bagi saya cukup dengan kenyataan ini, tak perlu menerangkan panjang lebar tentang lafaz amar, hadis umar dan pendalilan yang lain.

saya bukan seorang yang skeptik. menyokong dan menolak berdasarkan sebahagian jenis orang kerana makruf bahawa manusia memang berbeza sikap dan tabiatnya. bukanlah apabila seorang dalam parti itu melakukan kesalahan, maka saya akan menolak parti itu. kerana masih ramai yang baik dalam sesebuah parti. tetapi, yang menjadi titik tuju adalah dasar sesebuah parti. bila ada dua parti yang sama-sama islam, lihatlah dasarnya. yang lebih terkehadapan dalam menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman. dan yang paling penting adalah ada usaha untuk mewujudkan suasana kondusif supaya hukum Allah terlaksana, itulah yang mesti kita pilih. kerana yang menghalang tertegaknya hukum Allah yang berkaitan hudud adalah suasana yang tidak kondusif. dan semua ini tertanggung di atas bahu pemerintah.

tahalluf siyasi, isu kalimah Allah, hanya membuat orang awwam yang kurang pengetahuan bertikam lidah. biarpun sudah banyak penerangan dan pencerahan, yang membenarkan terus membenarkan. yang menyalahkan terus menyalahkan.

maka pilihlah yang terbaik. hati nurani tidak akan menolak kebaikan. tanya hati, kenapa aku memilih parti A, kenapa tidak B. dan yakinlah, undi bukan sesuatu yang sia-sia. setiap amalan akan ditanya, dan setiap perbuatan ada bahagiannya.

..............................................................................................................................................

terasa diri ini retorik apabila bicara tentang ini. tapi bila melihat masyarakat hari ini seolah tenat dengan isu, fikiran ini mula celaru.

belajar di bumi anbiya', namun tidak mampu memberi manfaat kepada masyarakat. ramainya orang yang menunjukkan kejahilan melalui kata-kata. dan kata-kata '' belajarlah dulu, baru ambil tahu hal semasa'' sangatlah mengekang percambahan minda. kita hari ini sangat sibuk mencari tulang rusuk, cemburu dengan perkara remeh temeh membuatkan akal kita semakin tumpul. dari hari ke hari.

sedih.

hafizah akmal ahmad
19 april 2013
9 jamadil akhir 1434
mafraq, jordan.



Comments

Popular posts from this blog

Cinta dan airmata. Titik.

Malam ini jari terasa ringan lagi. Menaip dari device kecil ini, dalam kegelapan malam. Hampir 2:20 pagi, tapi kantuk masih belum kunjung tiba. Jantung terasa lain macam, seolah ada suara menjerit, kenapa denganmu beberapa purnama ini ? Bagai orang hilang arah, hilang panduan. Entah, saban hari khususnya waktu cuti, mata hanya tahu tidur, menghadap laptop, candy-crush dan twitter. Hanya sesekali mata menjengah matan waraqat dan mutaba'ah amal. Kosong. Dan kembali dalam kelaghaan. Tinggal beberapa juzuk yg takmampu dihabiskan dalam bulan ramadhan. Khabarnya, esok hari terakhir syawal. Masih tinggal sehari, atau mungkin dua. Tadi, membelek gallery device kecil ini. Mengulang dengar kembali dua video. Sangat menyentuh hati. Satu dari TokGuru pondok dan satu lagi dari Ustaz Ahmad Dusuki. Dua video pendek yang berkisar tentang perkara yang sama. Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم ..! Video TokGuru pondok, menceritakan tentang kelebihan selawat. Dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh I

diriku kaku

bismillah. maaf dipinta, menghilang kusut dijiwa. aku masih di sini, mencari jiwa dan jati diri. musnah angan dan cinta, bila dunia memenuhi ruang jiwa, memadam hasrat menjadi seorang hamba. alangkah angkuh diriku, meninggalkan tuhan sedang jiwa merintih perit,   "...sudah.!! aku sedang memerhati diri, oh.. alangkah ruginya diri, bila tuhan tak dicari. selamanya noktah bukan di sini.

nota hati seorang lelaki ~

cuti hampir ke penghujung, baru ringan tangan capai bahan bacaan. hmm. xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx hati seorang lelaki kekadang perlu sekeras waja ada masanya mesti selembut sutera ah, lelaki jika jiwamu tulus kerana Illahi pasti lurus perananmu sebagai lelaki - pahrol mohd juoi