Skip to main content

Posts

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam syurga.   Allahumma la ‘aisya illa a
Recent posts

Himmah dan i'brah.

Bismillah. Semalam ada slot tayangan dan tazkirah maghrib pendek untuk adik-2 Jais yang baru sampai. Sebenarnya tu tazkirah untuk diri sendiri. Refresh apa yg kakak-2 senior bagi dulu. ............................ First, slot tayangan musafir ma'a quran. video tentang hafazan alquran. Pengacara tu musafir ke banyak negara dan cari tempat dan orang hafal quran. Sangat best. Tertarik dengan ayat ini :  (مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ) (( Sesiapa yang beramal soleh dari kalangan lelaki dan perempuan dan dia adalah seorang mukmin maka Kami akan memberi kehidupan yang baik. Dan kami akan memberi ganjaran dengan sebaik-2 untuk apa yang mereka lakukan )) Annahlu : 97 Kehidupan yang baik ? Menarik. Siapa yang takmahu hidup yang baik. Tapi, apa makna hidup yang baik ? Cukup baikkah punyai harta melimpah, kedudukan yang tinggi, wajah yang hensem dan j

Selamat Hari Guru! 💕

saya suka Dr Amin sebab masa mula-mula bertugas di Perak ni, kami diminta dengar ucapan Dr, "Melangkah Ke Hadapan". ucapan beliau mengubah persepsi saya terhadap tugas guru.  saya ingat dan menulis nota tentang Teacher Profesionalism yang diutarakan beliau berdasarkan kajian OECD. Autonomy, Knowledge dan Peer Connection. namun yang menarik hati saya dan menjadi modal motivasi bagi pelajar dalam kelas adalah prinsip asas kepada jiwa pendidik iaitu kepercayaan kepada tiga perkara. 1. Tugas mendidik adalah tugas mengangkat maruah anak murid. Human dignity @ karomah insaniyyah. 2. Setiap murid mempunyai potensi untuk berkembang.  Manusia mempunyai satu potensi yang sangat berbeza dengan ciptaan Tuhan yang lain iaitu "naming potential". Antara perkara pertama yang Allah sebutkan dalam Al Quran adalah satu proses Allah mengajarkan nama-nama kepada Nabi Adam.  وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَاۤءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِی بِأَسۡمَاۤ
Bismillahirrahmani-rraheem. Sudah hampir ke penghujung bulan Mac 2016, tahun yang aku harap tak terlalu laju melabuhkan tirai. Mac menjadi saksi gerhana dan suhu panas sesangat, tapi walimah-2 still meriah. :) Hampir seminggu aku di utagha, hajat me-rai walimah sahabat done succesfully. Dari Kedah ke Perlis pastu ke Pulau Pinang, menggigil kepanasan jugaklah. (over) 😝 Ouhh, aku nak cakap pasaipa ni ? lupaa, bukan pasal jaulah aku sebab kengkawan aku dah banyak tulis di Facebook. Aku nak cakap pasai jantung aku sebenaqnyaa. Mungkin disebabkan aku sedang menganggur, ditambah keadaan aku yang sokmo lupa makan ubat, jantung aku mencapai 100++ BPM hampir setiap hari. Kadang-2, bimbang jugak jika sampai tempoh jantung aku berhenti mengepam kepenatan. Nauzubillah. Ada beberapa keadaan yang buat aku rasa sangat berdebar, walaupon aku rasa benda tu silly. hahah bergaduh dengan adik, terasa hati dengan Umi sebab rasa dipinggirkan (hehe), adik makan semua sate pon aku menangis.

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had kifayah memang memad

diriku kaku

bismillah. maaf dipinta, menghilang kusut dijiwa. aku masih di sini, mencari jiwa dan jati diri. musnah angan dan cinta, bila dunia memenuhi ruang jiwa, memadam hasrat menjadi seorang hamba. alangkah angkuh diriku, meninggalkan tuhan sedang jiwa merintih perit,   "...sudah.!! aku sedang memerhati diri, oh.. alangkah ruginya diri, bila tuhan tak dicari. selamanya noktah bukan di sini.
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s