Skip to main content

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa. Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~

Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya. 

* Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah.

Braces.

Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan.

Hee

Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household. Tanggungan had kifayah memang memadam segala mimpi. Bukan bangsawan bukan menteri, tiada 2.6B dalam bank. Apatah lagi 2600RM. (Eh, termerapu lagi)

* Had Kifayah : had yang mencukupi keperluan seseorang untuk hidup.

Bila berada di Jordan, kawan-2 cadangkan buat braces di JUST, Irbid. Kosnya rendah, dan affordable. 300JOD dalam lingkungan 1500RM. Maka, berusahalah hafizah ke irbid pada tahun 2012. Sempat x-ray gigi dan buat model gigi elastik warna biru (maybe nama dia macamni). Kos hanya 20JOD = 100RM. Temu janji seterusnya bulan Mei, tapi eksaited punya pasal, hafizah lupa ambil nama dan no telefon Dentist arab tu. Maka, Mei berganti jun, jun berganti julai, julai berganti ogos, dan begitulah seterusnya. Disebabkan untuk ke Hospital King Abdullah sedikit susah ( sebab kena berhenti sebelum sampai stesen bas, dan kena naik teksi) dan hafizah tiada berteman lagi tidak berani, maka tertangguhlah sehingga 3hari yang lalu (2 Ogos 2015).

Namun, lain pula ceritanya. Hajat dihati mahu buat di hospital kerajaan, tapi end-up di hospital swasta. Mahu tidak mahu, hafizah merisik kos dengan seorang kawan bernama Ainaa. Katanya kos hanya 170JOD = 800RM ++ untuk 3 bulan. Hafizah memang mahu buat untuk 3 bulan di Irbid sebab dia akan grad Ogos dan balik ke Malaysia bulan 11.

 Despite of using government money, she want to reduce amout to the lowest. So she can wear the braces without worries and pay back like 'sedeqah' to the homeless etc.

Tapi dia lupa, kos sebenarnya bergantung pada kes gigi. Sebenarnya, kawan hafizah tidak punya banyak masalah dengan gigi, sebab tu kos dia murah. -_-'

Bila hari dia mulakan rawatan, dia kena bayar 250JOD = 1300JOD untuk installment. Memang dia punya rezeki @ takdir, dalam poketnya ada duit lebih. Duit umrah tak jadi. Jadi dia berazam kumpulkan duit untuk umrah, dan dia guna dulu untuk braces. (HafizahLogicMaybe?)

Maka, tepat pukul 5:10 petang', bermulalah treatment. Mulut hafizah diletakkan alat yang sangat menyakitkan. Terasa putus urat mulut bila lidah dikepit. Pelbagai rasa menyakiti lidah dan sekitar gusi. Alamak, gusiku digerudi. Dalam hati mula berbunyi taubat, "ya Allah, lepasni aku jauh-jauh dari maksiat". Tepat pukul 5:50 siap berbraces, dan bergegas pulang ke Mafraq.

Pukul 6:30 petang, langit mula bertukar aneh. Angin kuat, ribut pasir, langit ber- ghubar. Jalan mula kabur, sekali lagi hati dilanda resah. Sampaikah aku ke Mafraq dengan cuaca begini. (?) Tapi keyakinan mula menguasai diri. "Semuanya takdir Allah. Andai mati disini, innalillah."

Alhamdulillah, sampai ke mafraq dengan selamatnya. Hihi. Saspen sendiri.

Perkara pertama hafizah sampai Mafraq, dia cuba makan nasi. Sayangnya, dia tak mampu mengunyah dan mula terasa sakit. Baru terasa sedikit penyesalan, perlukah aku pakai braces. ?Hatinya monolog sendiri.

Cewwah, banyak songeh pula hafizah ni. Allah dan izin pakai, tahanlah sikit. Sakitnya walaupon pada  mulanya not bearable, hari kedua dan ketiga sudah hilang sakitnya. Cuma yang lawaknya, warna getah braces yang sebenarnya biru, tapi lepas makan lauk ayam goreng kunyit (actually i blend the rice and side-dish for smooth eating style surely :p ), the braces turn green !! Hahaha.

And Alhamdulillah !! ;)

** Gambar braces kurang jelas. Camera fon kita kurang sharp. Hee. Sekadarnya sahaja.

Hai, me and my newly braces. Nice to meet you ^^

Comments

Popular posts from this blog

mafraq dan salafism

Hari2 yang berlalu di Mafraq memberi seribu makna buat diri . hampir setahun saya di sini , hidup berjauhan daripada keluarga. Belajar erti hidup berdikari walaupun yang sebenarnya saya banyak kalah dalam menghadapi kehidupan di sini . Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jordan ini hati merasa sangat terharu . rasa sangat bersyukur kerana akhirnya Allah memberi peluang yang seingat saya , saya tak pernah putus berdoa dan terus berdoa. Suatu waktu yang dalam fikiran saya sudah terbayang beribu-ribu agenda untuk mencari ilmu . Perkara pertama yang saya ambil berat ketika mula-mula belajar di sini adalah tentang salafism. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang tinggi akal pemikiran untuk mencari-cari perbahasan ulama' tentang perkara ini namun di sebabkan saya banyak menerima nasihat orang-orang yang mempunyai priority dalam bidang yang saya pilih (usuluddin) saya merasa perlu untuk saya mengkaji dan menilai persekitaran saya di Jordan supaya saya memahami apa sebenarnya y...

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam sy...