Skip to main content

Cinta dan airmata. Titik.

Malam ini jari terasa ringan lagi. Menaip dari device kecil ini, dalam kegelapan malam. Hampir 2:20 pagi, tapi kantuk masih belum kunjung tiba. Jantung terasa lain macam, seolah ada suara menjerit, kenapa denganmu beberapa purnama ini ? Bagai orang hilang arah, hilang panduan.

Entah, saban hari khususnya waktu cuti, mata hanya tahu tidur, menghadap laptop, candy-crush dan twitter. Hanya sesekali mata menjengah matan waraqat dan mutaba'ah amal. Kosong. Dan kembali dalam kelaghaan. Tinggal beberapa juzuk yg takmampu dihabiskan dalam bulan ramadhan. Khabarnya, esok hari terakhir syawal. Masih tinggal sehari, atau mungkin dua.

Tadi, membelek gallery device kecil ini. Mengulang dengar kembali dua video. Sangat menyentuh hati. Satu dari TokGuru pondok dan satu lagi dari Ustaz Ahmad Dusuki. Dua video pendek yang berkisar tentang perkara yang sama.

Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم ..!

Video TokGuru pondok, menceritakan tentang kelebihan selawat. Dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali diceritakan perihal seorang lelaki. Tawaf di sekeliling ka'bah dan lidahnya takhenti membaca selawat ke atas Rasulullah. Sufyan Thauri kehairanan melihat lelaki itu tidak putus berselawat sedangkan ada bacaan ma'thur untuk tawaf. Sufyan Thauri bertanya dan lelaki itu menceritakan bahawa dia menunaikan haji pada tahun lepas bersama bapanya. Dan bapanya ditimpa penyakit dan meninggal. Seluruh badannya berubah menjadi suatu yang aib untuk dilihat. Sedang dia beristighfar dan tertidur, dalam mimpinya terlihat seorang lelaki tampan dan terlalu bagus rupanya. Datang dan mengusap wajah arwah ayahnya. Lantas , ketika lelaki tampan itu mahu pergi, si anak memeluk kakinya dan bertanya, siapakah beliau ? Baginda menjawab " akulah Rasulullah ". Datangnya baginda untuk memberi syafaat kpd si ayah kerana dia seorang lelaki yg membasahkan lidah dengan berselawat walaupon dia seorang yang fasiq. Serba ringkas kisahnya, la'alla ssowab.

Video kedua berkisar tentang Bilal bin Rabah. Membawa diri ke tanah syam selepas kewafatan Rasulullah. Kembali ke Madinah selepas dipanggil oleh Saidina Umar Al-khattab. Ketika diminta mengalunkan azan, Bilal menolak. Namun setelah diminta oleh Hassan dan Hussin cucu Rasulullah, Bilal takmampu menolak. Azan dilaungkan dan seluruh kota madinah mula dipenuhi esakan penduduknya. Ya, mereka rindu. Rindu pada Rasulullah. Ketika mengucapkan "assyhadu anna muhammadan rasulullah", Bilal tersungkur dalam tangisan. Seolah melihat kelibat Rasulullah berjalan untuk solat berjema'ah.

.....................................

Merenung diri. Merasa kebodohan dalam diri. Sekuat itu rasa cinta mereka pada Rasulullah, tapi diri sendiri masih begini. Hanyut dalam dunia ciptaan sendiri.

Sedih, Rasulullah amat jarang diingati. Entah apa yang disibukkan setiap hari. Lidah kelu untuk mengucap selawat. Fizah ..!

Felt like a looser.

Malam ini perasaan ingin kembali semakin menebal. Rindu untuk ketemu pemilik roh ini. Rindu juga pada baginda, serasa ingin jiwa ini berterbangan kembali padaNya.

Tapi,

Hutangku dengan manusia belum langsai,
Kemaafan masih belum dipinta,
Hak ibubapa belum kutunai,
Ilmu tiada di dada.

Allah.. ! Moga esok masih ada sinar. Kuharap masa yang semakin suntuk ini dapat diisi dengan cinta Allah, RasulNya, Ilmu, hak-2 wajib tunai.

Sementelah fasal baru semakin hampir, semua madah kecuali satu adalah berkisar hadis Rasulullah. Berharap ini peluang menyantuni hadis dan menyemai cinta Rasulullah s.a.w.

Allahul Musta'an wa a'laihi Attuklan.

Comments

Popular posts from this blog

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam sy...

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had k...
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s...