Skip to main content

update ~

belajar update blog, cuti tinggal beberapa hari. saya masukkan label post tulisan-tulisan ustaz yang banyak bagi manfaat dan motivasi dalam menghadapi dunia hari ini.

teringin juga mahu blog ni menarik, tapi saya takpandai. takpe jelah kot. ada satu laman mengganti hobi menconteng buku sudah cukup buat saya.

hari-2 guna fon kecil tu untuk baca blog-2 para ustaz, salafi, sufi, pemikiran haluan kiri, so-called sosialis, haraki, and .. and.. cerpen. ni semua chenchen *husna* yang ajar. aktiviti sampingan. hee [^^,]v

semalam menangis kononnya takmahu hidup lagi kat dunia ni, banyak sangat dosanya. tapi lupa pula Allah kata, jangan putus asa dengan rahmatNya. banyak kerja mesti diselesaikan. instead of putus asa, kenapa takbangun dan teruskan misi belajar dan cari ilmu. teringat lagi post tentang kata-kata Ibnu Qayyim AlJauziyyah, dalam jantung hati ini, ada keserabutan yang takkan hilang kecuali dengan cantiknya hubungan dengan Allah.

hai, takcukup lagi ke Allah bagi peluang.?  jom turun, bantu gerak kerja Islam. mantapkan usrah, bawa adik-adik kenali Allah.

mood minggu sambutan pelajar baru ni, adik-adik baru sampai bumi jordan. jadi kakak xboleh la goyang kaki dan buat taktahu. kena mengajar untuk imtihan kafaah markaz lughah, kena bagi taklimat takhassus usuluddin, kena jadi unit amal. pengalaman, teringat masa jadi junior dulu ..

moga semua bernilai ibadah.

'' jika kita rasa kita telah menconteng kanvas kehidupan dengan kekotoran dan warna yang takharmoni sepanjang hidup ini, jangan merasa putus asa.. beli je lah kanvas baru. ''

haha, Hafizah mahu jadi Akmal. merapu di blog dan kata hanya tinggal kata. jom move on, love this life for the another life. life hereafter.

Allahul musta'an wa a'laihi attuklan. :)
cantikkan bulan ni. dia memancarkan cahaya daripada matahari. walau asal bulan takcantik macam bumi, berlubang dan tiada hidupan, tapi setia di malam hari dan menjadi tanda untuk hari kebesaran Islam. i do love u moon, please love me back :)

Comments

Popular posts from this blog

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam sy...

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had k...
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s...