Skip to main content

Beli kitab.

Alhamdulillah a'la kulli hal (^^,)V

Seronok sangat harini, sebab berpeluang ke Dandis, setelah seharian menghadap benda berat. Memberatkan otak dan pastinya, memberatkan amalan, jika ikhlas kerana Allah.

Ahad.

Harini Amman sesak kot. Penuh manusia, berbondong-2 kata orang melayu. Masing-2 dengan tujuan berbeza. Saya pon sama (^^,)v

Dua kali pusing di kaki lima, cari Dandis xjumpa. Kedai baju jubah berderet tapi hati xterjejas kali ni. Kali pertama dan terakhir ke sini awal2 sampai Jordan dulu. Ikut senior jalan-2. (O_O)

Teruja bila masuk maktabah Dandis, penuh kitab. Terasa khazanah ilmu tu terlalu membukit. Bilalah dapat merasa zauq ilmu yang ditinggalkan ulama' silam dan kontemporari ni. [^_^]

Pusing-2, tanya pakcik Arab. Senang-2 bg je senarai kitab :-

-talbis iblis : ibnu jauziyy
-akidah islamiyyah : sheikh hassan hanabakah
-qosasul quran : Dr Abd Kareem Zaidan
-matan muwafaqat dan syarahnya.
-madkhal dirosah syariah : Dr Abd Kareem Zaidan
-fiqh manhaji : Imam Assyafi'e
-tadrib arrawi : imam Nawawi

Lama dah cari kitab talbis iblis. Semasa di maahad, hanya mampu baca terjemahan. Rindu zaman cuba mentranslate bahasa sufi dan tasawwuf dalam jiwa. Zaman membaca kitab-2 tazkiyyah annafs. Rasa macam semakin 'gila' dua tiga tahun kebelakangan ni. Jiwa kosong dan hampir mati. Lupa langsung kitab alGhazali bila semakin 'tua'. Kesian Fizah T_T

Matan waraqat dan syarahnya adalah kitab kedua yang dicari. Takmampu nak menghilangkan kagum pada ilmu usul fiqh. Kalau di maahad hanya pandang kitab wajiz sebagai subjek wajib syahadah, sekarang rasa kurang bila ilmu usul fiqh mula hilang di ingatan. Langkah terbaik, cari matan untuk dihafal. *cuti sem lagi sebulan ye fizahku sayang ;) *

Kitab ketiga yang menarik minat,  kitab akidah islamiyyah oleh Dr Hassan Hanabakah. Haritu semasa di rumah kawan, terbelek kitab ni. Uslubnya lain dari kitab aqidah wa mazahibuha Dr Qahtan Adduri. Kalau dalam kitab ini diberikan tasawwur tentang akidah dan firaqnya, tapi kitab Dr Hassan menerangkan akidah mengikut satu manhaj. ketika kali pertama jejak kaki di Jordan, saya paling takut untuk belajar akidah. Takut jadi 'wahhabi' kononnya, tapi sekarang insyaallah. Saya masih berpendirian khilaf antara akidah salafiah, Asya'ierah dan Maturidiyyah adalah khilaf yang muktabar. Kitab Dr Hassan nampak menekankan ilmu kalam, itu tasawwur awal bagi saya yang hanya membelek muqaddimah dan beberapa isu penting.

Lagi, kitab fiqh manhaji. Walaupon saya bukan pelajar fiqh tapi saya wajib ihtimam dalam perkara feqah. Fiqh manhaji adalah atas mazhab assyafi'e. Teringat kelas fiqh ibadat dengan Dr Anas, sayu sungguh hati ini bila mula memahami soal ibadah dari sekecil perkara. Ah, rupanya taqlid buta dulu. Ibadah secara ritual. Inshallah, dalam improvement. Sementelah failed subjek Maliah walaupon mumtaz untuk imtihan awwal. *Kes putuih chenta, padan muko =_=' (biarlah xjadi rahsia pon). Kena bersungguh untuk masa yang akan datang. Belajar kerana Allah meks. Insyaallah :)

...........................

Tetibe eksaited cerita pengalaman pegi beli kitab. Bukan tu saja sebenarnya, gembira sebab kitab2 ni bukan untuk kuliah semester akan datang, tapi untuk bacaan dan tambah ilmu. Asyik baca news di fb je, bilalah fizah ni nak maju.

Hai, saja tulis kat blog. Kalau tulis di fb, beria-2 sangat walaupon memang beria pon. Lewat malam ni, tapi duk senyum ja.

With love,
Hafizah Akmal Ahmad dan kutub judud .

Hihi. Just writing, and I love it (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam sy...

mafraq dan salafism

Hari2 yang berlalu di Mafraq memberi seribu makna buat diri . hampir setahun saya di sini , hidup berjauhan daripada keluarga. Belajar erti hidup berdikari walaupun yang sebenarnya saya banyak kalah dalam menghadapi kehidupan di sini . Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jordan ini hati merasa sangat terharu . rasa sangat bersyukur kerana akhirnya Allah memberi peluang yang seingat saya , saya tak pernah putus berdoa dan terus berdoa. Suatu waktu yang dalam fikiran saya sudah terbayang beribu-ribu agenda untuk mencari ilmu . Perkara pertama yang saya ambil berat ketika mula-mula belajar di sini adalah tentang salafism. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang tinggi akal pemikiran untuk mencari-cari perbahasan ulama' tentang perkara ini namun di sebabkan saya banyak menerima nasihat orang-orang yang mempunyai priority dalam bidang yang saya pilih (usuluddin) saya merasa perlu untuk saya mengkaji dan menilai persekitaran saya di Jordan supaya saya memahami apa sebenarnya y...
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s...