Skip to main content

sahabat dan cinta ~

bercakap tentang topik cinta di musim pra-pilihanraya mungkin agak aneh, tapi kali ini hati terasa mahu mencoret kata tentang cinta. skop cinta yang lebih besar, cinta kepada kawan-kawan.

mungkin tambah aneh bila bicara tentang cinta kepada sahabat. tapi tetap sahaja hati ini merasa berduka. kerana bahasa hati yang mahu diluahkan tapi masih lagi diam terbuku di dalam hati.

seringkali diingatkan, mahu mengenali seseorang, lihatlah dengan siapa dia bersahabat. kerana kebanyakan sahabat mencorak peribadi. bukan memukul rata tapi hakikatnya begitu.

kebelakangan ni, ada beberapa orang sahabat datang mengadu tentang hubungan mereka dengan sahabat. tentang betapa payahnya menjaga hati sesama sendiri, cemburu bila sahabat baik dengan orang lain, merasa di abaikan, merasa tidak diambil berat.

hanya khulasoh pendek yang mampu saya ungkapkan. cintailah dia kerana Allah, bukan kerana apa-apa. bunyinya retorik, tapi hanya itulah penyelesaian bagi segala masalah.

bila cinta kita kepada sahabat bukan kerana hanya kerana dia menggembirakan kita saat kita merasa sedih, tapi mengingatkan kita bahawa ada kuasa yang mampu menukarkan rasa sedih kepada bahagia. yang memeluk erat sambil membisikkan bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita.

dan yang paling penting adalah, kita mencintai dia dengan harapan dia boleh menarik kita sebagai temannya di syurga. berbahagia sehingga ke akhirnya. ma'lum rasanya dengan ayat Allah ini

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

jari berhenti menaip beberapa seketika .. hilang kata untuk menukil kata-kata.

dalam fatrah seminggu berhenti menulis tentang sahabat, saya teruji dengan kata-kata sendiri. entah di mana silapnya, pantang ada khilaf sedikit, hati merasa mudah marah. pada mulanya hanya mendiamkan diri tapi entah mengapa, mungkin stress rentetan KARISMA di mafraq dan exam yang bertimbun, hati merasa sakit hati. pantang melihat rumah bersepah, pantang melihat orang bertangguh, laju lidah mengkritik. lantas, melukai sahabat-sahabat sekeliling. bertambah stress dengan sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. mungkin kerana ketahanan diri yang semakin longgar membuat jiwa mudah rapuh dan kembali berseorangan.

mengakui diri yang terlalu mengharap kesempurnaan menyebabkan kesalahan dan kekurangan orang lain payah untuk diterima.

terasa diri ini dipenuhi retorik lagi. bila menasihati orang lain mencintai sahabat kerana Allah, diri ini terlebih lagi tidak mampu.

maafkan kakakmu ini . moga Allah tetap jalinkan kasih sayang di antara kita.

Allahu musta'an (")(")

Comments

Popular posts from this blog

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam sy...

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had k...
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s...