Skip to main content

nasihat abahku sayang :)

Bismillahirrahmanirrahim ..

Sempena Ramadhan ini, jari terasa ringan untuk menulis. sejak kebelakangan ni, jiwa aku terasa kurang. rupanya, sebab sekian lama tak mendengar taujihat daripada abah . biasanya aku hanya menelefon ummi, dan berkongsi tentang hati dan perasaan.

kali ini abah bersyarah panjang, mengingatkan anak dia ini supaya kembali mengingati Allah. first thing yang abah sebut, jangan kita ikut orang awwam. setiap apa yang kita buat, timbanglah ikut neraca syara'. jadilah seperti ikan di laut, walau semasin mana pon air laut, tapi tetap tidak menjejaskan isi ikan. satu tamsil yang biasa digunakan, tapi bila diungkapkan oleh abah, rasa hati ini semakin sayu. ya ..! terlalu terkesan dengan manusia sekeliling dan membuatkan kita semakin lemah dan putus asa, ia bukan satu natijah yang baik pada diri muslim.

abah berpesan lagi, kenalilah hati dan nafsu sendiri. ramadhan adalah bulan terbaik kerana yang membisik kepada kita adalah nafsu sendiri, sementelah syaitan diikat. dan mujadahlah ..! bagaimana abah ? bagaimana caranya untuk anakmu ini mujahadah ? tinggalkanlah kehendakmu yang melampau, dan ikutlah Allah. dan aku terdiam sendiri. khali dan merasa kosong.

kenali syaitan, syaitan yang membisik dalam sudurinnas, dan juga syaitan dari jins iblis itu. dan jangan lupa juga untuk mengenali dunia. dunia ? ya, setiap yang tidak memberi manfaat pada akhirat itu adalah dunia.

empat perkara yang abah highlightkan , dan aku merasa sangat wajib untuk aku beringat-2 dengannya. kata Imam AlGhazali :

1-  طويل الامل : jauhilah panjang angan-2, merasa waktu masih panjang lalu berlengah-lengah dalam   amal ibadah, adalah satu tipudaya yang amat merugikan.

2- العجلة : terburu-2 dalam melakukan suatu pekerjaan, sehingga yang terhasil adalah ketidaksempurnaan.

3- الحسد : kedengkian. sehingga takut manusia lain melangkaui kehebatan diri sendiri. seorang ustaz tidak akan dengki dengan seorang nelayan, melainkan dia juga adalah seorang ustaz.

4- التكبّر : membesarkan diri dan sombong dalam menerima kebenaran.

semua perkara ini memansuhkan amal ibadah, hanya dengan salah satu boleh menyebabkan kita merasa penyesalan yang panjang di akhirat nanti.

aku diam sepanjang abah bicara, bukan seperti selalu. biasanya mesti aku memotong cakap abah, begitu dan begini, tapi kali ini aku memilih untuk diam.

dan satu perkara yang menarik, yang aku perasan dari dulu lagi. abah macam sentiasa tahu apa yang menimpa anaknya. soalan abah : " kak nak kahwin ke ? bakpe abah dengar kak cakap pasal tu sokmo dengan ummi ? ginilah kak, selesaikan kerja satu persatu. sekarang kan tengah belajar, tumpu kat pelajaran. balik kekgi, abah nak kak ngajor orang kampung. pasal jodoh jangan gopoh, jodoh tu di tangan Allah. jangan kita tergesa-2 dalam buat satu pekerjaan. takut kerja kita tak sempurna. kak diploma ke ijazah ? balik nanti ada la tu . insyaallah'' .

aku cuma tersenyum kali ini. tidak menjawab. memang, aku akui ada perasaan untuk bersama dengan seorang yang memahami hati ini. mempunyai wawasan akhirat seperti abah.

sementelah aku merasa amat kosong, kerana hati ini terasa di ambil seseorang. tapi aku sentiasa mengingatkan diri, berhentilah..!

berbalik semula pada apa yang abah pesan. sentiasalah tajdid niat. dunia ini meresahkan bagi orang yang mengejarnya. dunia adalah perkara yang membawa kita lupa pada akhirat. jika cinta manusia itu juga membawa pada kurang himmah kita pada akhirat, berhentilah.

moga Allah kurniakan Furqan kepada aku, ummi, abah, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-2, guru-2 dan seorang yang bakal menemani aku didunia ini. anak dan cucu.

furqan itu adalah pembeza haq dan batil,

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعة
وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابة

Allahul musta'an wa alaihi attiklan ('')('')


Comments

Popular posts from this blog

memori abah

  ﷽   Sudah lama tak menulis. Hari ini kembali menulis untuk hidupkan kembalik blog yang dah lama tinggal.   Tadi sengaja baca post-post lama, kemudian jumpa satu post tentang nasihat arwah abah. Hati menangis sungguh-sungguh sebab dah mula rindu yang teramat sangat.   Rindu nak ada orang yang bercakap mengenai akhirat, buat apa sahaja, ada kesedaran akhirat. Mungkin pada zaman dulu banyak anggap abah membebel, tapi sebenarnya itulah yang menjadi pedoman hidupku sendiri.   Mujur ada tulisan ini, sebagai ingatan kepada abah yang kadang mula kabur. Hanya mampu menitipkan doa dalam keadaan merasa berdosa. Berdosa sebagai anak yang tidak menghargai ayahnya di hujung usia. Anak yang membuatkan abah termenung jauh, mungkin juga kecewa.   Hari ini, kak cuba menghidupkan kembali legasi abah. Mungkin bukan sempurna, tapi banyak pengajaran hidup yang kembali digunakan untuk anak didik. Moga pahalanya kembali kepada abah.   Semoga Allah ketemukan kita di dalam sy...

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had k...
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s...