Skip to main content

Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan.

Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah.

Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus.

Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang sebenarnya berkait rapat dengan Falsafah, yang mesti di fahami dalam kerangka ilmu usuluddin ?

Bagaimana seorang pelajar pengkhususan tafsir mampu menafsir Alquran tanpa mendalami usul Fiqh Dalaalat dan Syair Jahili ?

Saya tidak mahu menulis untuk menentang sistem, tapi saya menulis untuk menentang sikap sebahagian pelajar. Ada pelajar yang mampu menangkap ilmu dalam masa yang sama memperbaiki bahasa, tapi masih ada yang terkial-kial menangkap butir bicara pensyarah ( ini saya )

Salahkah kalau saya katakan, patut ada diploma pengajian islam yang merangkumi tiga takhassus dan mengambil masa yang panjang. Sebelum pelajar bebas memilih takhassus ketika Ijazah kerana mereka punyai kunci.

Dan 4 tahun yang dipendekkan dengan movie cinta 'Islamik' dan novel, takcukup untuk menjadikan seorang mahasiswa/wi itu seorang ulama..! Apatah lagi movie korea.

Sakitkepala. Sakithati.

yang benar,
Hafizah Akmal Ahmad,
Santri Usuluddin Albayt.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cinta dan airmata. Titik.

Malam ini jari terasa ringan lagi. Menaip dari device kecil ini, dalam kegelapan malam. Hampir 2:20 pagi, tapi kantuk masih belum kunjung tiba. Jantung terasa lain macam, seolah ada suara menjerit, kenapa denganmu beberapa purnama ini ? Bagai orang hilang arah, hilang panduan. Entah, saban hari khususnya waktu cuti, mata hanya tahu tidur, menghadap laptop, candy-crush dan twitter. Hanya sesekali mata menjengah matan waraqat dan mutaba'ah amal. Kosong. Dan kembali dalam kelaghaan. Tinggal beberapa juzuk yg takmampu dihabiskan dalam bulan ramadhan. Khabarnya, esok hari terakhir syawal. Masih tinggal sehari, atau mungkin dua. Tadi, membelek gallery device kecil ini. Mengulang dengar kembali dua video. Sangat menyentuh hati. Satu dari TokGuru pondok dan satu lagi dari Ustaz Ahmad Dusuki. Dua video pendek yang berkisar tentang perkara yang sama. Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم ..! Video TokGuru pondok, menceritakan tentang kelebihan selawat. Dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh I
bila Allah yg utama, maka tiada yg mendukacita . bersabar itu mesti ^_^

diriku kaku

bismillah. maaf dipinta, menghilang kusut dijiwa. aku masih di sini, mencari jiwa dan jati diri. musnah angan dan cinta, bila dunia memenuhi ruang jiwa, memadam hasrat menjadi seorang hamba. alangkah angkuh diriku, meninggalkan tuhan sedang jiwa merintih perit,   "...sudah.!! aku sedang memerhati diri, oh.. alangkah ruginya diri, bila tuhan tak dicari. selamanya noktah bukan di sini.