Skip to main content

mafraq dan salafism


Hari2 yang berlalu di Mafraq memberi seribu makna buat diri . hampir setahun saya di sini , hidup berjauhan daripada keluarga. Belajar erti hidup berdikari walaupun yang sebenarnya saya banyak kalah dalam menghadapi kehidupan di sini .

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jordan ini hati merasa sangat terharu . rasa sangat bersyukur kerana akhirnya Allah memberi peluang yang seingat saya , saya tak pernah putus berdoa dan terus berdoa. Suatu waktu yang dalam fikiran saya sudah terbayang beribu-ribu agenda untuk mencari ilmu .
Perkara pertama yang saya ambil berat ketika mula-mula belajar di sini adalah tentang salafism. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang tinggi akal pemikiran untuk mencari-cari perbahasan ulama' tentang perkara ini namun di sebabkan saya banyak menerima nasihat orang-orang yang mempunyai priority dalam bidang yang saya pilih (usuluddin) saya merasa perlu untuk saya mengkaji dan menilai persekitaran saya di Jordan supaya saya memahami apa sebenarnya yang berlaku .

Secara amnya, saya percaya ramai yang menganggap salafiyyah atau lebih di kenali dengan wahabiyyah di Malaysia  adalah berdasarkan amalan zahiriah sahaja bukanlah berdasarkan dalil-dalil yang di pegang oleh mereka yang berkenaan. Contohnya jika seseorang menggerakkan jari ketika tahiyyat tidak kira awal atau akhir, mereka dianggap oleh sebahagian masyarakat melayu kita sebagai wahabiyyah . realitinya , kebanyakan masyarakat arab banyak yang melakukan perkara tersebut dan mungkin bagi kita masyarakat melayu perkara ini sangat-sangat bertentangan dengan apa yang telah dipegang sejak Islam datang ke tanah melayu . seperti yang kita ma'ruf , mazhab yang di 'taqlid' oleh majoriti orang melayu adalah mazhab syafi'ie. Namun keadaan berbeza jika di lihat di Negara arab . mereka mengamalkan pelbagai mazhab dan tentunya banyak khilaf-khilaf furu' dari segi af'al. sungguhpun begitu, hal ini tidak membawa kepada perbuatan saling melabel sebagai salah sehingga membawa kepada perselisihan.

Ramadhan saya di Jordan hanyalah lapan hari. Itupun disebabkan saya terpaksa menangguhkan  perjalanan pulang ke Malaysia disebabkan masalah teknikal dengan syarikat penerbangan di Jordan. Pengalaman berterawih di masjid2 di mafraq membuat saya banyak berfikir. Tentang perbezaan yang nampak begitu ketara antara amalan melayu dan arab. Mereka tidak bertakbir sepertimana  kita yang mengamalkan takbir diantara dua solat sunat terawih. Namun tidak menjadi satu masalah kerana amalan bertakbir bukanlah suatu perkara yang wajib.  Yang keduanya yang saya ambil berat adalah perkara yang sering menjadi isu semenjak zaman berzaman. Tentang doa. Orang arab – setakat yang saya Nampak – tidak mengamalkan doa-doa dan wirid seperti kita. Apabila ditanya kepada mereka , jawapannya ringkas ." assolah huwa  ddua'.

Semenjak dua menjak ini, mafraq dilanda isu yang boleh dikira hangat. Isu salafism, isu thariqah, isu bida'ah .
Dan ini bukanlah satu perkara yang patut dianggap remeh. Walaupun senior yang amat saya 'sukai' lebih suka meninggalkan perkara ini kerana bagi beliau, kita lebih patut mengutamakan isu masalah umat daripada sibuk membicarakan isu khilafiyyah.

Senior, benar kata awak. Kita mestilah lebih mengutamakan masyarakat daripada perkara begini. Tapi awak kena faham, saya adalah pelajar usuluddin. Walau macamana pun, perkara ini berada dalam lingkungan tanggungjawab saya. Belajar dan mencerna. Sementelah ayah saya sentiasa berpesan, belajarlah dan fikirlah. Awak pelajar fiqh, apa yang awak belajar lebih menjurus kepada khilaf dari segi hukum furu'iyyah dan saya lebih kepada khilaf dalam perkara aqidah.
Dan bagi saya, tak salah kita bincangkan perkara ini tapi biarlah berdasarkan dalil dan hujjah yang kuat. Bukan berdasarkan emosi semata dan adab dalam perkara ini sangatlah dituntut. Terima kasih pada senior saya J

Salafi.

Bertemu dengan seorang yang berpegang pada aliran ini benar-benar memberi saya peluang untuk memahami dan bertanya soalan jika terdapat kemusykilan.
Dan secara umumnya, saya tidak menolak kebenaran aliran ini dalam aqidah dan masih menganggap mereka sebahagian daripada ahli sunnah wal jamaah.
Dan saya juga tidak menolak fahaman yang dibawa oleh asya'ierah dan maturidiyyah dalam aqidah.
Saya mengambil kalam seorang ustaz yang saya kenali di bumi Jordan ini bahawa khilaf dalm ketiga-tiga aliran ini adalah mu'tabar.
·         Saya masih mahu menulis secara terperinci dalam hal ini. Tetapi saya masih terlalu kurang ilmu dalam membahaskan perkara ini.
·         Bukanlah tujuan saya menulis tentang perkara ini untuk menimbulkan perpecahan umat tapi sebagai satu tausiyah bagi diri saya supaya berterusan menimba ilmu dan melupakan perasaan cinta yang menekan perasaan remaja biasa seperti saya.


~ masih ada sambungannya, kiranya ada kesalahan dalam tulisan yang serba dhoif ini, saya mohon ada yang menegur .

:: nota cinta buat penuntut ilmu ::

Comments

  1. sambung jgn tak sambung kak fizah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH,masih dlm belajar dan cuba meng-interpret dalam tulisan. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cinta dan airmata. Titik.

Malam ini jari terasa ringan lagi. Menaip dari device kecil ini, dalam kegelapan malam. Hampir 2:20 pagi, tapi kantuk masih belum kunjung tiba. Jantung terasa lain macam, seolah ada suara menjerit, kenapa denganmu beberapa purnama ini ? Bagai orang hilang arah, hilang panduan. Entah, saban hari khususnya waktu cuti, mata hanya tahu tidur, menghadap laptop, candy-crush dan twitter. Hanya sesekali mata menjengah matan waraqat dan mutaba'ah amal. Kosong. Dan kembali dalam kelaghaan. Tinggal beberapa juzuk yg takmampu dihabiskan dalam bulan ramadhan. Khabarnya, esok hari terakhir syawal. Masih tinggal sehari, atau mungkin dua. Tadi, membelek gallery device kecil ini. Mengulang dengar kembali dua video. Sangat menyentuh hati. Satu dari TokGuru pondok dan satu lagi dari Ustaz Ahmad Dusuki. Dua video pendek yang berkisar tentang perkara yang sama. Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم ..! Video TokGuru pondok, menceritakan tentang kelebihan selawat. Dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh I

Hafizah and her new braces made at Jordan ^^

Assalamualaikum and selamat pagi, tengahari, petang dan malam. Konniciwa.  Memandangkan saya berada di Mafraq, Jordan, jadi selamat pagi dan Ohaiyyok  daripada saya. Masih dinihari. 1:12 AM. Heee ~ Disebabkan saya tidak sabar mencoret secebis memori permulaan memakai braces, (baca: takut lupa sebenaqnya) saya gapai device ni walaupon malam sunyi sepi dan gelap gelita. Ehh, banyak pula Hasyu nya.  * Hasyu : pemanjangan kalam tanpa faedah dalam ilmu balaghah. Braces. Memang dalam hati berbolak balik sejak lebih kurang 5-6 tahun ni. Gigi bermasalah sejak kecil lagi. Masih terbayang-bayang ummi bawa ke klinik gigi. Masih terbayang-bayang waktu tahun satu di IQT dulu (2007). Ke-demam-an bila gigi geraham dicabut. Aishh, masih teringat balik ke rumah dengan gigi berdarah dan sakit-sakitan. Hee Bila dicongak segala harta yang ada, memang tak mampu memasang angan ber-braces. Beribu itu bukan suatu perkara yang disebut-sebut dalam our household.  Tanggungan had kifayah memang memad
Saya terfikir sesuatu hasil daripada PERTAMA ke-8. Isu pendidikan. Antara saya dan adik beradik yang lain, hanya saya yang mengambil pengajian islam secara formal (baca : sijil), 2 orang lagi belajar pengajian Islam klasik (baca : pondok). Lama saya memendam rasa terhadap sistem pembahagian ilmu syariah di universiti. Khusus di negara Arab, fiqh, usuluddin dan adab. sebab saya tidak pernah belajar syariah di Malaysia, maka kurang pasti bagaimana sistem pembelajarannya. Baik, ini bukan point utama. Tapi, ada kontranya bila ilmu syariah yang sepatutnya melingkupi dua takhassus khas ; Usuluddin dan Feqh di asing. Saya bukan musuh sistem, tapi terasa ralat dengan pembahagian dan marhalah (baca : tingkatan) pembelajaran siswa siswi Syariah. Bayangkan, seorang pelajar lepasan SPM yang hanya ada sedikit asas bahasa arab, hanya mendalami sebahagian ilmu syariah di sebabkan pembahagian takhasus. Ilmu yang tidak terangkum, bagaimana seorang siswa atau siswi mahu mencerna Ilmu peradaban yang s